Aktivis peneroka ramal 20 kerusi Felda condong ke PH

Mazlan Aliman, pengerusi Anak, meramalkan 80 peratus peneroka Felda cenderung untuk menyokong pembangkang. — Foto oleh Yusof Mat IsaMazlan Aliman, pengerusi Anak, meramalkan 80 peratus peneroka Felda cenderung untuk menyokong pembangkang. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 11 April — Sekurang-kurangnya 20 kawasan parlimen yang ada kawasan Felda menyokong Pakatan Harapan (PH), kata aktivis isu peneroka.

Mazlan Aliman menjangkakan tujuh kawasan itu di Johor, Pahang (5), Perak (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1) akan memihak kepada PH.

“Ada kira-kira 20 kawasan parlimen [ada Felda] yang dikategorikan sebagai ada kecenderungan untuk berubah,” katanya dalam forum di sini hari ini.

Mazlan, pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), juga seorang ahli jawatankuasa pusat Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada 2013, tawaran saham awal Felda Global Ventures Holdings (FGVH) meningkat RM10 bilion dan setiap peneroka menerima RM15,000.

Pakej kewangan itu menggembirakan peneroka Felda, tambahnya, justeru undi mereka memihak Barisan Nasional (BN) waktu itu.

Namun, dakwanya lagi, sentimen itu makin hambar susulan beberapa skandal dalam konglomerat itu yang semakin disedari generasi kedua Felda.

Mazlan berkata kira-kira 80 peratus peneroka Felda sedia untuk memilih pembangkang kali ini, antaranya masalah hutang dan kenaikan kos hidup.

“Pekebun kecil kelapa sawit di kampung boleh dapat RM6,000 hingga RM7,000 [sebulan], peneroka hanya dapat RM2,000 hingga RM3,000.

“Selepas ditolak hutang [mereka kepada Felda], apa lagi yang tinggal?” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Aktivis peneroka ramal 20 kerusi Felda condong ke PH

Post a Comment

Previous Post Next Post