Foto: @jayismailphotography
Pelakon Umi Nazeera mengesahkan dirinya hamil empat bulan.
Berita gembira itu diumumkan oleh Umi ketika majlis perlantikannya sebagai duta Duo Be’Cell bertempat di Suka Sucre Bistro sebentar tadi.
Kata Umi dia mendapat tahu tentang kehamilannya itu ketika penggambaran filem Gol dan Gincu 2.
“Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan ini. Kandungan saya kini berusia empat bulan dan satu minggu.
“Tapi ‘baby bump’ saya kurang kelihatan mungkin disebabkan baju yang dipakai,” katanya tersenyum.
Umi dan suaminya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani mendirikan rumah tangga pada 23 Julai tahun lalu.
Sumber “Alhamdulillah Saya Hamil Empat Bulan” - Umi Nazeera
Tags:
Rojak