'Anak autisme aku kena buli lagi, depa kata dia gila mental kunyit'

Seorang murid lelaki (autisme) dibuli beberapa rakannya di sekolah dan turut diugut akan dipukul sekiranya dia tidak memberikan wangnya kepada kumpulan murid terbabit. 
Menurut ibu saudaranya, sekumpulan murid berkenaan menuduh mangsa, Ariff, gila, mental dan kunyit. 
"Saya menerima mesej ini dari kakaknya semalam. Budak kot? Dari kecil dah pandai membuli budak-budak yang tidak bersalah.
"Saya rasa sedih, mereka kata anak saudara saya gila, mental dan kunyit. What on earth is that? Mereka baru berusia 10 tahun. Kunyit? Tak sangka betul. 
"Walaupun anak saudara saya ini autisme, tidak bermaksud dia ada penyakit mental dan gila. Dia budak yang baik dan pandai. 
"Saya kecewa dengan kejadian buli seperti ini. Itu pun kawan dia yang beritahu, kalau tidak, tak tahulah," katanya. 
Berdasarkan perbualan WhatsApp di antara dua beradik itu, ibu mangsa menjelaskan anaknya dibuli dengan teruk. 
"Mereka (pembuli) tarik dia pergi ke tandas, dipukul dan meminta duit darinya. 
"Suami saya baru berjumpa dengan budak kelas dia, tetapi ada juga budak darjah lima (terlibat). Suami saya tak dapat jumpa lagi sebab mereka sedang belajar. 
"Kasihan anak saya. Saya suruh suami saya berjumpa dengan semua budak-budak itu dan nasihatkan mereka. Kalau tak boleh 'pakai', warning. 
"Arif jenis tak bercakap. Nasib kawan-kawan dia beritahu. Kasihan Arif. Agaknya baju dia kotor disebabkan kejadian itu. 
"Budak-budak sekarang dah pandai menggunakan kata-kata kesat dan lucah," kata ibunya. 


Golongan ibu bapa dinasihatkan, sentiasa mendidik anak-anak untuk tidak menganiaya rakan-rakan mereka sama ada di sekolah atau di mana-mana sahaja. Gejala buli membuli ini harus dihentikan dan didiklah anak dengan seni mempertahankan diri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Sumber 'Anak autisme aku kena buli lagi, depa kata dia gila mental kunyit'

Post a Comment

Previous Post Next Post