Restoran Bull City Burger and Brewery di Durham, North Carolina, Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu ‘Burger Tarantula’ bersempena dengan ‘Bulan Daging Eksotik’.
Restoran tersebut turut menjadikan ia sebagai satu cabaran buat pelanggan mereka dan jika mereka berjaya untuk menghabiskan ‘burger tarantula’, mereka akan dihadiahkan sehelai t-shirt sebagai tanda pengiktirafan.
Bagi yang berminat untuk makan burger tarantula ini, dengan bayaran bernilai AS$30 (RM116.40) anda akan dapat merasa burger dengan daging Carolina bermutu tinggi bersama keju Gruyère, sos cili dan seekor tarantula yang dipanggang.
Sebagai rekod setakat hari ini, hanya empat orang yang berjaya untuk menghabiskan burger ini seperti yang dilaporkan oleh portal Huffington Post.
Bukan hanya tarantula sebagai menu baharu, daging aligator, ular sawa, kerbau liar, kura-kura dan serangga turut diperkenalkan sempena bulan festival itu.
Sementara itu, restoran ini turut mempromosikan burger eksotik mereka melalui platform media sosial dan ia telah mengundang pelbagai reaksi.
Sumber Anda berani atau tidak untuk cuba burger tarantula ini?