AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA

KUALA LUMPUR: Permainan mudah alih Arena of Valor (AOV) terbitan Garena baru-baru ini dianugerahkan sebagai permainan multi-pemain terbaik dalam Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa (IMGA) ke-14.

Pengurus Produk Garena AOV Jian Hao berkata penganugerahan tersebut sangat bermakna memandangkan mereka berlu bersaing dengan permainan-permainan lain yang berkualiti tinggi dalam pasaran.

“Kami sangat gembira dengan penghormatan yang diberikan ini.

“Kami tidak sabar untuk berkerjasama dengan pembangun bersama Tencent dan komuniti AOV untuk terus memberikan pengalaman bermain yang lebih baik bagi pengguna terutama dalam e-sukan.

“Baru-baru ini kami telah mengumumkan mengenai proses kelayakan Kejohanan Dunia AOV dan seharapnya dapat disertai oleh pemain-pemain Asia Tenggara,” katanya kepada Astro AWANI.

AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu, merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod berlawan termasuk pilihan 5-lawan-5 yang menjadi kegemaran pengguna.

Permainan tersebut telah dimuat turun lebih lima juta kali di peranti Android.


IMGA merupakan satu majlis anugerah bagi meraikan permainan mudah alih yang berkualiti daripada seluruh dunia.

Pencalonan dan pemilihan anugerah tersebut dilakukan melalui pemilihann panel-panel yang mempunyai pengalaman profesional dalm industri mudah alih sekurang-kurangnya lima tahun.

Pada tahun ini sebanyak 15 kategori dipertandingkan dengan 174 permainan telah disenarai pendek dalam anugerah IMGA tersebut.



Sumber AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA

Post a Comment

Previous Post Next Post