Tipu rumah PR1MA, polis tahan Orang Asli

Polis menahan seorang wanita Orang Asli yang menipu tentang urusan jual beli rumah PR1MA di Pahang. ― Foto ReutersPolis menahan seorang wanita Orang Asli yang menipu tentang urusan jual beli rumah PR1MA di Pahang. ― Foto ReutersKUANTAN, 3 April ― Polis menahan seorang wanita Orang Asli yang dipercayai memperdayakan 70 mangsa dengan menawarkan perkhidmatan menguruskan proses pemilikan Rumah PR1MA Pahang yang tidak wujud melibatkan kerugian RM84,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa, 41, mengenali suspek,31, pada Jun tahun lepas yang kemudian menawarkan diri untuk menguruskan proses memiliki Rumah PR1MA Pahang.

“Mangsa kemudian bersetuju menyerahkan wang pendahuluan RM1,200 kepada suspek tanpa sebarang dokumen. Suspek selepas itu meminta mangsa untuk mencari 70 lagi pembeli yang berminat dengan rumahtersebut.

“Terperdaya dengan perkara tersebut, mangsa kemudian telah mencari mereka yang berminat dan menyerahkan wang sebanyak RM84,000 hasil kutipan daripada kesemua mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun selepas serahan dilakukan, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa membuat laporan polis setelah menyedari ditipu.

“Sebanyak 20 laporan polis diterima setakat ini dan berikutan itu serbuan telah dilakukan di kediaman suspek di Taman Tas Ria kira-kira 11 malam tadi,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai peniaga kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda. ― Bernama



Sumber Tipu rumah PR1MA, polis tahan Orang Asli

Post a Comment

Previous Post Next Post