“Berilah Saya Peluang Kedua Perbetulkan Kesilapan” - Fathia Latiff

“Berilah Saya Peluang Kedua Perbetulkan Kesilapan” - Fathia Latiff

Mohon peluang kedua. (Pic: Instagram @fatiyalatiff)

Fathia Latiff dilihat antara artis cantik yang mempunyai bakat tersendiri. Malah dia juga antara yang boleh dilabel sebagai artis yang penuh kontroversi.

Dia sebelum ini terjerat dalam kontroversi aplikasi video, Bigo Live bersama pelakon baharu, Natasha Ellyza tersebar pada September lalu. Dalam video itu, kelihatan kelibat Fathia menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Dilabelkan penuh kontroversi.

Seterusnya, Fathia kembali hangat apabila digugurkan daripada membintangi drama bersiri, La Luna kerana masalah disiplin dan gagal memberi komitmen. Dia juga dilihat sangat loud meluahkan rasa di laman sosial. Tulisannya di laman sosial, Twitter juga sering menimbulkan kemarahan netizen, membuatkan Fathia berterusan dibelenggu kontroversi.

Mula sedar sesuatu yang tidak kena.

Semua itu akhirnya membuatkan dia melihat kesilapan demi kesilapan yang dilakukan seolah jiwanya sudah mati. Fathia juga pernah leka dan tersasar, namun bersyukur apabila Allah menegur dengan merentap sedikit demi sedikit kebahagiaan di depan matanya. Hari demi hari, dia mula tersedar bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan hidupnya.

Berasakan jiwa sudah mati.

"Detik paling tough ketika saya bergelut dengan diri apabila berasakan jiwa sudah mati. Ketika itu, saya seperti tiada perasaan hingga sanggup bertindak tanpa berfikir kesan jangka panjang.

“Lantaran terlalu mengikut kata hati, pernah satu tahap saya tidak lagi mengenali siapa dirinya. Saya tidak sedar apa yang saya lakukan ketika itu. Saya selalu anggap diri ini betul, tetapi sebenarnya tidak. Saya degil dan hanya ikut kata hati. Saya abaikan nasihat ibu bapa. Sudahnya saya menempuh kesakitan apabila hidup tersasar dari landasan.

Tertekan sehingga berjumpa pakar jiwa.

"Bertubi-tubi saya dicaci dan dimaki sejak berbulan bulan lalu. Paling memberi kesan apabila saya dikatakan bodoh, malah ada yang ingin melihat saya mati. Malah tekanan ini juga memaksa saya bertemu pakar jiwa. Hanya selepas menemui pakar, jiwa saya mula tenang. Sebelum itu, saya sukar melelapkan mata dan mudah terjaga apabila tidur," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Bertemu adik cari ketenangan.

Episod hitam yang menghimpit diri membuatkan dia membawa diri ke London untuk mencari ketenangan pada Disember lalu.

Tuhan membuka matanya dengan satu kejadian yang menyedarkannya untuk terus bangkit daripada lamunan panjang. Sejak itu, dia bertekad meninggalkan segala kelakuan buruk yang menghancurkan hidupnya.

Muhasabah diri.

"Di sana, Allah SWT menjentik saya, membuatkan saya mula terfikir satu persatu kesilapan yang pernah dilakukan. Mengingati semua kesilapan itu, saya malu dengan diri.

"Selepas kejadian itu, saya terus ke Ireland bertemu adik. Di sana, saya bermuhasabah dan mula mendekatkan diri dengan-Nya. Saya mahu memperbaiki diri dan tidak ingin mengulangi kesilapan lalu.

Mohon peluang kedua.

"Pinta saya, berilah peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan. Saya harap masih ada ruang untuk saya dalam industri hiburan," katanya.

Pada satu tahap, Fathia sendiri bagai lemah dan tidak berdaya. Jiwanya semakin tenat dan kosong.

"Orang lihat saya masih mampu tersenyum, tetapi hakikatnya, jiwa dan raga saya sedang menderita dan bergelut. Saya sangka mampu bertahan, tetapi saya silap percaturan.

"Kerjaya lakonan saya hancur disebabkan masalah disiplin. Dahulu, saya selalu fikir orang boleh menerima cara saya. Tiada siapa yang marah setiap kali saya tiba lewat di lokasi penggambaran. Saya lalai kerana tidak pernah merasai keperitan turun naik seperti sesetengah artis lain,” katanya.

Tampil dengan single pertama.

Terbaru Fathia kini yang berbakat sebagai penyanyi juga tampil dengan single rasmi pertamanya berjudul Keluarkan Aku. Lagu itu ciptaan DJ Fuzz dan Wawa manakala lirik oleh Waris. Video rasminya kini boleh ditonton di saluran Youtube Mixology Music.

Dia sebelum ini aktif membuat cover lagu penyanyi lain di Youtube. Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Fathia adalah lagu New Rules (Dua Lipa), Sakit (IAmNeeta), Can’t Help Falling In Love (Elvis Presley), Love On The Brain (Rihanna) dan Di Matamu (Sufian Suhaimi).



Sumber “Berilah Saya Peluang Kedua Perbetulkan Kesilapan” - Fathia Latiff

Post a Comment

Previous Post Next Post