Kasihan Mar! Kerana Bentuk Badan, Dia Kurang Keyakinan Diri. Jom Saksikan Dilema Mar Dalam 3 Gadis Manis Musim 2

Kasihan Mar! Kerana Bentuk Badan, Dia Kurang Keyakinan Diri. Jom Saksikan Dilema Mar Dalam 3 Gadis Manis Musim 2

3 Gadis Manis kembali lagi untuk musim yang kedua. Kali ini lebih hebat, dengan barisan pelakon baru yang lebih segar.

 

Masih bertemakan persahabatan, 3 Gadis Manis musim kedua menampilkan pelakon jelita Hannah Delisha yang memegang watak Jo, pengacara Yaya Zahir sebagai Nina dan pendatang baru yang viral, Dee Alhadi sebagai Mar.

 

Dee yang sebelum ini viral apabila muncul dalam iklan popular ‘Dugaan Raya Aida’ membuat kemunculan pertama dalam drama online ini.

 

Sebagai Mar, Dee perlu membawakan watak seorang gadis pemalu dan penuh misteri, di samping menjadi teman serumah terbaru Jo dan Nina.

 

Nina dan Jo sering berteka-teki tentang Mar kerana Mar tidak mendedahkan banyak perkara mengenai dirinya.

 

Sebenarnya, Mar yang bekerja sebagai DJ mempunyai masalah keyakinan diri kerana dia merasakan dirinya tidak cantik kerana berbadan gempal.

 

Mar tampil ceria dalam program yang dikendalikan kerana dia tidak perlu bertemu sesiapa, tetapi sifatnya bertukar menjadi kurang yakin dan pemalu apabila perlu berdepan dengan orang ramai di luar.

 

Istimewanya siri 3 Gadis Manis ini, ianya bakal berkongsi cara-cara menangani masalah yang dihadapi oleh Mar. Sebagai teman serumah, Nina dan Jo cuba membantu Mar menangani masalah kurang keyakinan diri yang dihadapi oleh Mar.

 

Menggunakan produk NIVEA Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion, mereka bertiga dapat meningkatkan lagi rasa keyakinan diri dan mengatasi semua masalah yang dihadapi dengan tenang.

 

Diarahkan oleh Junad M. Nor dan dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis musim kedua yang ditaja oleh Nivea akan bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April.

 

Jangan lupa saksikan 3 Gadis Manis musim 2, awesome like cherry blossom!



Sumber Kasihan Mar! Kerana Bentuk Badan, Dia Kurang Keyakinan Diri. Jom Saksikan Dilema Mar Dalam 3 Gadis Manis Musim 2

Post a Comment

Previous Post Next Post