MELAKA, 26 April — Bilik Gerakan Umno Bukit Katil di Jalan Bukit Katil di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penolong pengarah bahagian operasi bomba Melaka Zulkifli Nordin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.28 pagi dan sebuah jentera bomba serta Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bukit Katil dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit untuk mengawal kebakaran yang melibatkan pakaian, kerusi, perabot dan penyaman udara di bilik g
erakan berkenaan di tingkat bawah.
“Kebakaran yang berlaku hanya membabitkan 20 peratus serta tidak melibatkan struktur bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan. — Bernama
Sumber Bilik gerakan Umno Bukit Katil terbakar