SHAH ALAM, 11 April — Penjawat awam Selangor dijanjikan bonus tiga bulan gaji atau lebih jika Pakatan Harapan (PH) terus memerintah negeri itu.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri mampu berbuat demikian kerana jumlah itu “bukanlah banyak sangat”, lapor Sinar Harian.
“[...] dari awal lagi saya telah menzahirkan penghargaan kepada pegawai dan anggota kerajaan negeri untuk memberikan insentif kewangan yang adil,” kata menteri besar sementara itu
Timbalan presiden PKR itu berkata pemberian tersebut akan dibuat berdasarkan merit dan prestasi pegawai dan anggota perkhidmatan awam negeri ini.
Menafikan beliau mahu mempengaruhi penjawat awam, Azmin juga berkata janji tersebut bukannya menabur gula-gula untuk pilihan raya umum (PRU).
Sumber Bonus tiga bulan jika PH kekal di Selangor, kata Azmin
Tags:
PMMO