Burger pedas ramen Korea tarikan di Alor Setar

Burger dengan ramen Korea yang pedas menjadi tarikan ke gerai Burger On Faaaiya di Alor Setar, Kedah. — Foto-foto ihsan Facebook/Burger On FaaaiyaBurger dengan ramen Korea yang pedas menjadi tarikan ke gerai Burger On Faaaiya di Alor Setar, Kedah. — Foto-foto ihsan Facebook/Burger On FaaaiyaKUALA LUMPUR, 20 April — Ramen, atau disebut ramyeon di Korea Selatan, sejenis mi segera yang sangat popular di negara Asia Timur itu.

Ramyeon dimasak dengan stok daging, cendawan shitake dan hidangan berkuah itu mempunyai tahap kepedasan tertentu.

Buat penggemar makanan Korea itu, anda boleh cuba hidangan unik gabungan ramen dan burger jalanan yang kini dijual di Alor Setar.

Gerai Burger On Faaaiya milik Ashraf Reza, 22, dan Faez Feilzha, 22, dibuka pertengahan tahun lalu di Jalan Anak Bukit, Titi Gajah.

Rakan Ashraf Reza mendapat idea untuk membuat burger ramen setelah melihat ramai remaja menikmati rasa pedas mi segera Korea itu.Rakan Ashraf Reza mendapat idea untuk membuat burger ramen setelah melihat ramai remaja menikmati rasa pedas mi segera Korea itu.Mereka menjual burger ramen awal tahun ini untuk mencari kelainan, idea daripada Faez yang belajar kulinari di Universiti Nilai.

“Kami tengok ramen jenama Samyang mula popular di Malaysia di kalanga remaja dan perempuan, dari situ kita buat eksperimen.

“Beberapa kali buat, dan jual Januari lepas,” katanya kepada ProjekMMO.

Burger ramen mereka menggunakan daging buatan sendiri, telur, ramen pedas, keju mozzarella, salad dan sos cili. Ia dijual RM7.

Semenjak tular hujung Mac lalu, mereka menghabiskan kira-kira 80 paket ramen jenama Samyang setiap minggu.

“Kebanyakan orang yang datang, mereka suka sebab rasa pedas ramen yang lain macam, orang kata 'pedas-pedas meninggal',” selorohnya.

Pelanggan menikmati burger ramen di gerai tepi jalan Burger On Faaaiya di Alor Setar, Kedah.Pelanggan menikmati burger ramen di gerai tepi jalan Burger On Faaaiya di Alor Setar, Kedah.Mereka juga menyediakan burger biasa ayam dan daging serendah RM2.

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 7.30 malam hingga 12 tengah malam, Burger On Faaaiya merancang menjual burger campuran ramen berperisa keju.

Terletak bersebelahan gelanggang D'Futsal Center, gerai burger ini yang menyediakan beberapa meja tidak jauh dari Tabung Haji Kedah di Alor Setar.

Boleh taip Burger On Faaaiya di aplikasi peta Waze dan Google telefon anda. Hubungi 011 2643 2715 jika ada sebarang pertanyaan.



Sumber Burger pedas ramen Korea tarikan di Alor Setar

Post a Comment

Previous Post Next Post