Chef Wan Kecam Juri MasterChef UK Kritik Rendang Tak Crispy

Cef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan menganggap komen juri Masterchef UK, John Torode dan Gregg Wallace terhadap hasil air tangan Zaleha Kadir Olpin sebagai mengarut sekaligus menunjukkan kedua-dua cef itu memang tiada pengetahuan mengenai masakan Melayu.

"Apa sampah yang dia cakap itu? Ini bukan 'duck ala orange' atau confit d canard seperti mana orang Perancis memasak itik," katanya seperti yang dilaporkan News Strait Times.

"Nampak sangat dia tidak tahu apa yang dia katakan. Kita memasak rendang cara Malaysia," tambah cef Wan lagi tatkala mengulas mengenai kritikan Gregg terhadap masakan Zaleha.

Menerusi episod musim terbaru program tersebut, Gregg dan John memberi ulasan tidak suka dengan Nasi Lemak Ayam Rendang yang dimasak Zaleha.

Gregg Wallace mengkritik menu nasi lemak rendang ayam masakan Zaleha.Gregg Wallace mengkritik menu nasi lemak rendang ayam masakan Zaleha.

Menurut John, ayam rendang yang dihidangkan bersama nasi lemak itu terlalu lembut dan berair.

"Kulit ayam ini tidak rangup, saya tidak boleh makan. Semua sos di atas ayam ini, saya tidak boleh makan", komen Gregg ketika Zaleha menghidangkan masakannya.

Sementara John pula mengatakan keputusan Zaleha meletakkan ayam rendang di sebelah nasik lemak adalah salah.

Lantaran hasrat peserta berasal dari Bentong, Pahang itu untuk meneruskan saingan di peringkat seterusnya terkubur apabila dia disingkirkan di pusingan suku akhir.

Penyingkiran Zaleha mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengutuk dan kecewa dengan kenyataan komen John dan Gregg sekaligus menganggap kedua-dua juri tersebut tahu langsung mengenai masakan tradisional Malaysia.

Dalam pada itu, ramai yang memberi sokongan agar Zaleha tidak berputus asa walaupun telah tersingir. Selain, ada juga yang meluahkan rasa bangga kerana usaha Zaleha mengetengahkan masakan tradisi.

Sementera itu, Zaleha menerusi laman Instagramnya mengaku terkilan dan kecewa kerana tersingkir namun dia tetap yakin dan mempertahankan caranya memasak nasi lemak.

"Saya tetap berdiri dengan cara tradisional saya memasak nasi lemak. Tidak akan mengubahnya untuk dunia.

"Dengan bangga dapat berkhidmat dan akan terus memasak dengan cara keluarga saya dan tidak akan mengubah kegemaran tradisional negara," tulisnya.

Zaleha, 48, yang merupakan bekas akauntan Petronas, mahir dalam memasak makanan tradisi Malaysia dan telah mengembara ke enam buah negara dalam tempoh 18 tahun ini.

Pemilik restoran Malaysian Kitchen di Bristol ini bercita-cita memperkenal dan menghidangkan makanan Malaysia kepada seluruh masyarakat di dunia.



Sumber Chef Wan Kecam Juri MasterChef UK Kritik Rendang Tak Crispy

Post a Comment

Previous Post Next Post