Memetik laporan BH online, ibu tunggal anak satu ini berkata dia akan cuba menjauhkan diri daripada melayani lelaki sebegitu bagi mengelakkan timbul salah faham di pihak terbabit, sekali gus mengelakkan fitnah.
"Memang ada orang yang serius mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya terpaksa tolak kerana dia suami orang. Sebagai wanita, tentu saja saya cukup memahami hati golongan hawa.
"Kalau boleh mengelak, sudah pasti saya elak dan paling penting, jangan terus dilayan jika mereka nampak berlebih-lebih. Kita juga perlu bijak mengawal diri," katanya.
Kata Nana lagi, dia berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.
"Jujurnya saya enggan menyentuh isu sebegini, tetapi andai sudah ditanya, inilah pandangan peribadi saya. Bimbang juga jika saya tersalah cakap, orang yang mengalami situasi itu pula akan terasa," katanya.
Penyanyi dan pelakon berusia 34 tahun itu mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Nakhaie Rayyan, 10, hasil perkahwinannya dengan pelakon, Mohd Faizal Yusup.
Bekas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011. Mereka bercerai pada 2009, iaitu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Mengenai perkembangan kerjaya, Nana baru melancarkan single terbaharunya berjudul Hatiku Milikmu.
Sumber Siti Nordiana Pernah Tolak Pinangan Suami Orang