Ronaldo dan Irina membawa haluan masing-masing malah sudah memiliki cahaya mata bersama pasangan baharu mereka.
Hakikatnya jauh di sudut hati Ronaldo, dia masih menaruh perasaan terhadap wanita berusia 32 tahun itu.
Memetik portal berita The Sun, perkara itu dikongsi penyerang kebangsaan Portugal itu kepada rakannya yang enggan namanya didedahkan
“Dia yang pergi meninggalkan aku” kata Ronaldo.Menurut sumber itu lagi, Ronaldo amat kesal dengan cara hubungannya dan Irina berakhir.
Ia dikatakan berpunca keinginan Irina untuk menimang cahaya mata namun ia tidak dipersetujui Ronaldo.
Alasannya dia sudah ada seorang anak lelaki Cristiano Ronaldo Jr dan mahu menumpukan perhatian dalam kerjaya bola sepaknya.
Ronaldo bagaimanapun tidak sama sekali menduga wanita itu akan melangkah pergi dari hidupnya.
Media sebelum ini melaporkan Irina meninggalkan Ronaldo selepas mendapat tahu pemain bola sepak sensasi itu curang selepas terbaca pesanan di telefon bimbitnya.
pasangan ini mejalin cinta pada 2010 selepas digandingkan dalam sesi fotografi bagi jenama Armani pada 2010.
Irina kini berpacaran dengan pelakon Bradley Cooper dan pasangan ini telah menimang cahaya mata perempuan pada Mac lalu.
Seperti juga Irina Ronaldo turut mendapat seorang anak perempuan hasil hubungannya dengan Georgina Rodriguez pada hujung tahun lalu.
Setakat ini belum diketahui impak yang bakal menanti kepada hubungan pemain prolifik berusia 33 tahun ini dengan Rodriguez susulan pendedahan ini.
Sumber Cristiano Ronaldo menyesal, mengaku masih cintakan Irina Shayk