Digugur dari calon, Ong pujuk penyokong sokong BN

Datuk Seri Ong Ka Chuan kesal dengan perhimpunan kira-kira 500 pengundi Tanjung Malim, Putrajaya yang menggesa pimpinan BN menimbang semula penggugurannya. — Foto oleh Farhan NajibDatuk Seri Ong Ka Chuan kesal dengan perhimpunan kira-kira 500 pengundi Tanjung Malim, Putrajaya yang menggesa pimpinan BN menimbang semula penggugurannya. — Foto oleh Farhan NajibPUTRAJAYA, 26 April — Setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata beliau akan cuba memujuk kumpulan penyokongnya agar bertenang dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun namanya digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Malim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ong berkata beliau kesal dengan perhimpunan yang diadakan oleh kira-kira 500 pengundi Tanjung Malim di sini yang bertujuan menggesa pucuk pimpinan BN menimbang semula pengguguran beliau.

“Saya sudahpun menyatakan bahawa saya terima keputusan yang saya tidak akan bertanding pada PRU14. Bagaimanapun tindakan sekumpulan penyokong datang ke Putrajaya untuk menunjukkan rasa kecewa mereka adalah di luar kawalan saya.

“Saya akan cuba pujuk mereka agar bertenang dan menyokong BN pada PRU14 selain saya perlu tekankan ini bukan satu olah gerak politik,” katanya. — Bernama



Sumber Digugur dari calon, Ong pujuk penyokong sokong BN

Post a Comment

Previous Post Next Post