PENYANYI Lorde telah mengeluarkan permohonan maaf susulan satu kemas kini di akaun Instagramnya, beberapa hari lalu.
Sumber Dituduh hina mendiang Whitney Houston, Lorde mohon maaf
Dalam kemas kini itu, Lorde memuat naik sekeping foto yang memaparkannya di dalam tab mandi, dengan kapsyen 'I will always love you'.
Penyanyi lagu Royal itu kemudiannya diserang netizen yang berpendapat, status itu sebagai satu penghinaan kepada mendiang Whitney Houston.
Houston meninggal dunia pada 11 Februari 2012, beberapa jam selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di sebuah hotel di Los Angeles.
Lorde kemudiannya memadamkan status itu dan memuat naik satu status ke Instastory, memohon maaf atas kapsyen yang tidak sensitif itu.
"Saya tidak berniat menyindir sesiapa. Saya cuma teruja untuk mandi dan tidak berfikir panjang.
"Saya memang bodoh. Sayang sayangkan Whitney selamanya," tulis Lorde.
Sumber Dituduh hina mendiang Whitney Houston, Lorde mohon maaf
Tags:
Hiburan AA+