Doktor beri amaran pada Sherry Al Hadad

PENGACARA dan pelakon, Sherry Al Hadad memberitahu, dia tergerak hati untuk menurunkan berat badan bukan kerana untuk kurus, tapi atas faktor kesihatan.

Menurut bintang berusia 34 tahun ini, doktor pernah memberi amaran dan mengingatkannya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh tiga tahun atau dia mungkin berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Justeru bulan Januari lalu, dia rasa tergerak untuk mengubah gaya hidupnya dan memulakan program menurunkan berat badan.

"Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan saya berjaya menurunkan berat sebanyak 11 kilogram (kg).

"Walaupun penurunan tidak begitu drastik, tapi saya berpuas hati dengan jumlah penurunan tersebut.

"Saya bersenam dan jaga permakanan ini pun bukan nak kurus semata-mata tapi untuk sentiasa sihat dan cergas,” jelasnya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminatnya di butik Asyikin Exclusive, Setapak Central Mall, di sini, semalam.



Sumber Doktor beri amaran pada Sherry Al Hadad

Post a Comment

Previous Post Next Post