PETALING JAYA, 3 April ― Tindakan seorang artis rap yang memuat naik 14 kriteria lelaki pilihan bersama-sama aplikasi berkaitan agama, dianggap Zizi Kirana sebagai gurauan.
Sebaliknya, penyanyi lagu “Nak Ke Tak Nak” menganggap penyanyi Caprice mungkin mahu mempromosi aplikasi mengaji.com, lapor mStar Online.
“[...] dan saya okay sahaja. Saya mengagumi Caprice kerana dia merupakan idola ramai remaja dan seorang yang bernas dalam berkata-kata,” katanya, nama sebenar Nur Fazelah Mohd Tahil.
Pada 23 Mac lalu, Zizi Kirana, 33, menyenarai kriteria termasuk berpendapatan minimum RM5,000, bebas hutang, lancar membaca al-Quran dan tidak kaki mabuk.
Hal itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Caprice yang memuat naik keratan artikel itu dalam Instagramnya beserta foto seksinya.
Zizi Kirana mengakui menerima banyak lamaran lelaki yang mendakwa “mampu memenuhi syarat itu” tetapi dia menganggapnya sebagai usikan nakal.
Beliau sebelum ini berdepan kontroversi apabila lirik lagu “Boleh Jalan” terpaksa ditukar untuk siaran radio, antaranya “Datuk gatal”, “menopaus” dan “seksi kutayang lurah”.
Sumber Foto seksi dan aplikasi mengaji, Zizi Kirana anggap Caprice bergurau