TUARAN, 3 April ― Penduduk Kampung Pukak, Kiulu beramai-ramai memindahkan lebih 30 tong gas daripada kebakaran bagi mengelakkan insiden menjadi lebih serius.
Menurut penduduk kejadian bermula 6.15 petang semalam di sebuah kedai koperasi menjual barangan runcit apabila ada saksi melihat api kecil di premis itu, lapor Harian Metro.
“Tidak lama selepas itu, api marak dan penduduk menghulurkan bantuan dengan mengangkat tong gas untuk dipindahkan ke luar koperasi untuk mengelak letupan,” kata Martina Gilid.
Ketua balai bomba dan penyelamat Tuaran berkata kedai musnah 95 peratus namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa.
“Bomba seterusnya memadam api sepenuhnya serta menjalankan pemeriksaan sebelum menamatkan operasi pada 7.42 malam,” kata Mohd Abd Qawie Abd Gapar.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat.
Sumber Bimbang meletup, penduduk pindah lebih 30 tong gas
Tags:
PMMO