'Kalau rasa nak simpan gambar itu, simpanlah tetapi harus sedar gambar itu tidak senonoh' - Zul Ariffin

Pelakon Zul Ariffin, 32, mendakwa dia tidak mempunyai hak untuk melarang peminatnya mahu menyimpan gambar 'anu' yang didakwa miliknya, meskipun penafian dan penjelasan telah dibuat bahawa akaun Instagramnya telah digodam.
Dalam laporan Berita Harian, Zul tidak kisah jika peminatnya (wanita) mahu berfantasi dengan gambar itu namun menegaskan mereka harus sedar bahawa gambar itu tidak senonoh. 
"Saya sedar foto itu sudah tular dan menjadi buah mulut ramai. Kalau mereka rasa nak simpan gambar itu, simpanlah. Tapi mereka harus sedar yang foto itu tidak senonoh.
"Tak dinafikan, selepas gambar itu tersebar luas, orang mula memberi pandangan nakal pada saya. Pergi restoran pandu lalu pun, orang senyum. Tapi saya okay saja," katanya.
Zul tidak menolak kemungkinan gambar itu dibuat naik oleh individu yang rapat dengannya kerana mahu mensabotaj kariernya sebagai anak seni. Bagaimanapun dia tidak mahu menuduh sesiapa. Bagi Zul, dia tidak mahu memikirkan hal itu dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya.
"Entah, saya tak mahu tuduh sesiapa tapi kebarangkaliannya ada. Apapun, saya sudah 'move on' (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja," katanya.
Terdahulu, Zul menafikan gambar alat sulit yang dimuat naik di Instagramnya itu adalah miliknya. Malah menegaskan dia tidak tergamak membuat kerja gila seperti itu untuk merosakkan imejnya. 
Zul juga mendedahkan akaun Instagramnya pernah cuba digodam beberapa kali sebelum ini. Namun dengan bantuan kelab peminatnya, dia berjaya mendapatkan kembali akaun Instagramnya. 
BERITA BERKAITAN: 


Sumber 'Kalau rasa nak simpan gambar itu, simpanlah tetapi harus sedar gambar itu tidak senonoh' - Zul Ariffin

Post a Comment

Previous Post Next Post