Kereta terjunam dari parkir, pemandu cedera

Seorang pemandu cedera selepas keretanya terjunam dari tingkat satu sebuah pakir pusat beli belah, 18 April 2018. ― Foto ihsan Facebook/Malaysia MenjeritSeorang pemandu cedera selepas keretanya terjunam dari tingkat satu sebuah pakir pusat beli belah, 18 April 2018. ― Foto ihsan Facebook/Malaysia MenjeritSEREMBAN, 18 April ― Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terjunam ke tingkat bawah parkir sebuah pusat beli belah di sini.

Mangsa, 24, dikatakan melanggar sebuah kereta ketika mengundur di parkir tingkat satu jam 5.30 petang semalam, lapor Harian Metro.

“Dia memandu semula ke depan dan tidak menyedari terdapat ruang kosong yang menyebabkan keretanya terjunam ke parkir tingkat bawah,” kata ketua polis daerah Seremban.

ACP Thiew Hock Poh berkata mangsa cedera di tangan dan bawah mata. Kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Jalan Raya 166/59.



Sumber Kereta terjunam dari parkir, pemandu cedera

Post a Comment

Previous Post Next Post