Lana Nordin Bidas Teguran Netizen Isu Tatu di Lengan Suaminya

Aktres Lana Nodin dihujani teguran pedas netizen mempersoalkan tatu di lengan suaminya, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie.

Tidak berdiam diri, Lana akhirnya tampil membidas teguran tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada malam Selasa.

Kata pelakon yang kini bermastautin di Amerika Syarikat itu, lukisan tatu yang ada pada lengan suaminya bukan sesuatu yang menghairankan. Lagipun David sudah mempunyai tatu berkenaan sebelum dia memeluk agama Islam.

"Kenapa kalau nampak tatu tu? Ada masalah? Lain kali kalau tidak tahu asal usul jangan nak komen apa-apa yang akan menimbulkan kemarahan orang lain.

"Dia asal Mat Salih, tatu bukan benda pelik untuk dia orang, sebelum kenal pun dah ada jadi apa masalahnya? Lebih baik pelik dengan ramai orang Islam yang ada tatu zaman sekarang ni!" tulisnya seperti yang dilapor mStar online.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan hampir 100,000 tontonan dan lebih 100 komen pengikut laman sosialnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong penjelasan Lana dan meminta aktres berkenaan tidak melayan komen negatif tersebut. Mereka juga beranggapan komen tersebut berbaur cemburu dengan kebahagiaan pasangan terbabit.

Lana atau Mazlina Hasan Nodin dan Mohd Daud yang juga rakyat Amerika Syarikat berkahwin pada 15 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia dua tahun.



Sumber Lana Nordin Bidas Teguran Netizen Isu Tatu di Lengan Suaminya

Post a Comment

Previous Post Next Post