Menerusi laman Instagram miliknya, juara Akademi Fantasia (AF1) itu memuat naik video merakamkan anaknya sedang menangis dengan sepotong ayat,
"When my 6month old son found out he couldnt vote for his country" (apabila anak lelaki saya yang berusia 6 bulan dapat tahu dia belum boleh lagi mengundi untuk negaranya).
Posting tersebut mendapat lebih 100,000 tontonan dan rata-rata pengikutnya memberikan komen positif dan terhibur dengan gelagat lucu dua beranak itu.
Dalam pada itu, menerusi kapsyen yang disertakan pada video berkenaan, Vince secara tidak langsung berkongsi perasaan dan harapannya sebagai rakyat Malaysia untuk PRU kali ini.
Katanya, dia akan mengundi untuk masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya. Dia juga berharap dan berdoa agar negara menjadi lebih baik.
"I'm voting for a better future for my children... We may not live to see the day but it starts with believing and thinking abt our next generation... Whatever the result, i hope and pray for a better Malaysia in everyway..,"
Seperti mana Vince, tentu rakyat Malaysia yang lain juga kini semakin tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman dan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU14) tanggal 9 Mei nanti, kan.
Isu cuti pun rasanya sudah tidak timbul lagi memandangkan semalam kerajaan telah mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Jadi, kepada netizen sekalian jalankan kewajipan anda dan MD ucapkan selamat mengundi!
Sumber Vince Pujuk Anak Menangis Sebab Belum Layak Mengundi Curi Perhatian