Perhimpunan jersi terbesar setakat ini. (Gambar: KL Kopites)
Itulah lumrah dan keunikan sukan ini. Semangat itu adalah segala-galanya!
Satu lagi perkara yang sinonim dengan sukan ini juga adalah pakaian jersi mereka.
Jersi dianggap sebagai 'mantera' bagi setiap penyokong.
JERSI DIBAWA KE TAHAP LEBIH TINGGI
Namun, bagi kelab penyokong rasmi Liverpool Lembah Klang, KL Kopites (KLK), mereka menganggap jersi itu lebih daripada hanya sekadar tanda sokongan. Ia lebih daripada itu!
Hasilnya, mereka berjaya mencatatkan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai jersi paling banyak dipamerkan untuk sebuah pasukan bola.
Sebanyak 1,278 jersi Liverpool dipamerkan di IM4U Sentral Puchong dan kebanyakannya dikumpul daripada kalangan penyokong tegar kelab The Reds di Malaysia.
Jersi yang dikumpul pula bukan biasa-biasa, malah ada diantaranya dari era 60-an!
PERANCANGAN SELAMA DUA BULAN
Menurut presiden KLK Shashi Nair, himpunan jersi secara besar-besaran adalah hasil gabungan penyokong Liverpool di Malaysia.
Acara ini mengambil masa dua bulan untuk dirancang dengan membabitkan 20 orang.
“Dua minggu lalu kami capai sasaran lebih seribu jersi dan hanya beberapa hari lalu kami dapat kumpul hampir 1,280 helai,” kata Sashi kepada Astro Awani.
Sehingga kini KLK mempunyai hampir seribu ahli berdaftar dengan lebih daripada 600 ahli yang aktif sejak ia ditubuhkan enam tahun lalu.
Sumber 'Malaysia Book of Records' Milik Penyokong Liverpool