
Dalam aksi final yang berlangsung di Broadbeach Bowls Club di sini, Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.
Gandingan negara yang sedikit pun tidak goyah mula mengutip mata demi mata sehingga ends ke-10 dan masih ketinggalan 3-12.
Bermula dari situ, pasangan negara mula mengutip mata dan merapatkan jurang pada ends ke-16, selepas berjaya mengutip empat mata untuk meletakkan Malaysia dengan kedudukan 12-13 sebelum menamatkan semua 18 ends dengan 15-14.Ini merupakan pingat emas pertama dalam acara pairs di temasya Sukan Komanwel.
Ia merupakan pingat emas keempat buat kontinjen negara dan emas yang dinanti-nantikan skuad boling padang.
-- BERNAMA
Sumber Malaysia raih emas acara boling padang
Tags:
Sukan AA+