KUALA LUMPUR: Rata-rata warga kota yang ditemui di Kuala Lumpur masih tidak faham dengan istilah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Secara umumnya, ramai yang masih kurang pemahaman tentang Revolusi Industri 4.0 ini.
Sumber Masih ramai tidak tahu apa itu Revolusi Industri 4.0
Malah, ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah mendengar perkataan tersebut.
Shahrudin Hasan, 36, seorang peniaga ikan bakar mengakui tidak faham dengan istilah itu.
"Saya ada dengar tetapi tidak faham sangat. Tahulah ada kaitan dengan teknologi terkini. Itu sahaja," katanya.Sementara itu, bagi eksekutif akaun Izat Hasanudin, dia tidak pernah mendengar atau mengetahui mengenai perkara tersebut.
Secara umumnya, ramai yang masih kurang pemahaman tentang Revolusi Industri 4.0 ini.
Ini didapati melalui undian yang dibuat di Laman Twitter Astro AWANI yang menunjukkan 75 peratus daripada 800 responden tidak mengetahui tentang Revolusi Industri 4.0.
Revolusi itu secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Sumber Masih ramai tidak tahu apa itu Revolusi Industri 4.0
Tags:
Viral AA+