Berhati-hati apabila berada di tempat yang ramai orang kerana ada penjenayah yang sedang memerhati dan menyasarkan mangsanya terutama golongan warga tua, warga asing dan anak-anak muda yang kurang arif dengan kejadian-kejadian jenayah ini.
Sebaik-baiknya, jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan segera beredar dan dapatkan bantuan orang awam. Jika dalam keadaan terpaksa, menjerit saja dan biar orang awam yang mendengar jeritan anda itu datang membantu bagi mengelakkan kejadian yang berlaku pada tiga wanita di Kuching Sentral baru-baru ini.
NAK cerita sikit kejadian yang berlaku pada hari Isnin, 16 April 2018 di Kuching Central. Sepupu saya dan dua orang kawannya dari Pontianak untuk bercuti. Jadi mereka nak balik menaiki Bas Eva yang dijadualkan bertolak jam 7.30 pagi.
Jadi, ibu dan adik saya keluar dari rumah sebelum jam 6 pagiu ntuk menghantar mereka bertiga kerana bimbang jalan sesak. Sampai di Kuching Central, adik meletakkan keretanya di tempat bas dan menunggu dalam kereta, sementara ibu menolong mereka bertiga check in (ini kali pertama buat mereka bertiga).
Selepas selesai check in, ada seorang lelaki seperti dengan sengaja melanggar ibu menyebabkan ibu terkejut lalu menyebut, "Astaghfirullahalazim". Kemudian lelaki yang menyandang sling beg itu terus berlalu pergi dan ibu memerhatikan saja lelaki terbabit.
Ibu rasa tak sedap hati, ibu berpesan kepada mereka bertiga agar berhati-hati dengan beg duit, barang-barang berharga mereka kerana bimbang dicuri.
Jadi, selepas selesai semua, bas mereka pun sampai dan kebetulan kereta pun dah tak boleh parking di situ (pinjam parking bas), ibu minta salah seorang jaga beg di situ dulu dan dua orang lagi hantar ke bas.
Jadi sepupu saya bawa barangnya bersama dengan ibu dan kawannya untuk disimpan dalam bas. Sementara kawannya seorang lagi masih tunggu di dalam. Bila dah simpan barang, sepupu saya menunggu di situ dan kemudian kawannya pergi mendapatkan kawannya tadi. Ibu saya pun dah balik.
Rupa-rupanya selepas ibu balik, mereka bertiga kena pukau. Habis semua barang-barang dan duit diambil. Hanya tinggal pasport dan tiket bas sahaja. Barang-barang yang dibawa masuk awal-awal tadi saja yang selamat.
Mereka bertiga hanya menyedari kejadian itu bila sudah berada di dalam bas yang sudah jauh perjalanannya. Sepanjang perjalanan, mereka bertiga menangis sampai ke Tebedu dan saya pun baru dimaklumkan kejadian ini sebentar tadi.
Rupa-rupanya selepas mak balik, ada seorang lelaki datang menghampiri dua orang kawan sepupu saya itu dan memberi sebiji batu berwarna kuning. Selepas itu disuruh sapu di muka. Mereka berdua menurut saja apa yang disuruh dan tidak lama selepas itu mereka terus menyerahkan barang-barang mereka kepada lelaki itu. Mereka hanya tersedar apabila sudah berada di dalam bas.
Kemudian saya Google kes-kes ragut di Kuching Central, terjumpa dua gambar lelaki yang disyaki melakukan jenayah itu. Kemudian saya hantar gambar itu kepada sepupu saya, bertanya adakah dua lelaki berkenaan yang memukau mereka bertiga. Mereka kata orang yang sama.
Cuma sekarang mereka dah sampai ke Pontianak dan tidak tahu macam mana nak buat laporan polis kerana kejadian berlaku di Kuching. Pengajarannya, kita pun berhati-hati jugalah terutama bila pergi ke Kuching Sentral.
Oh ya, kalau korang nak tengok muka lelaki berkenaan, sila Google 'Pukau di Kuching Central'.
Sumber 'Mereka bertiga kena pukau, habis barang dan duit diambil' - Geng pakau sasar mangsa di Terminal Bas Kuching
Tags:
thereporter