Musim PRU14 bawa rezeki, baju rekaan peniaga laris

Baju T mewakili parti politik rekaan Abdul Mu'iz Abu Bakar sempena musim PRU14. ― Foto ihsan Facebook/Lord of The PrintsBaju T mewakili parti politik rekaan Abdul Mu'iz Abu Bakar sempena musim PRU14. ― Foto ihsan Facebook/Lord of The PrintsKUALA LUMPUR, 14 April — Musim mengundi membawa rezeki kepada seorang peniaga apabila baju T edisi khas pilihan raya rekaannya sehingga kini mendapat 400 permintaan.

Abdul Mu'iz Abu Bakar, 33, mendapat idea membuat baju pelbagai parti cita mengikut rasa anak muda itu dari isterinya Nor Husna Mohd Nor, lapor Harian Metro.

“Dia meminta saya membuat kelainan khususnya ciptaan baju untuk penyokong setiap parti,” katanya.

“Rekaan untuk semua baju hanya mengambil masa tiga hari selepas pembentangan idea bersama tenaga kerja dua hari.”

Mengusahakan kedai cetakan baju di Butterworth, Pulau Pinang, Mu'iz mencipta rekaan unik pada baju, antaranya menambah garisan putih seakan lambang Jambatan Pulau Pinang di logo BN dan gambaran lelaki sedang solat di baju PAS.

“Biasanya, orang akan mencipta baju dengan meletakkan logo parti, tetapi saya ciptakan kelainan menggunakan kreativiti sendiri termasuk penggunaan warna sesuai dengan cita rasa anak muda,” katanya.



Sumber Musim PRU14 bawa rezeki, baju rekaan peniaga laris

Post a Comment

Previous Post Next Post