KUALA LUMPUR, 14 April ― Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan ada kepentingan dalam saham syarikat roti dan pastri The Loaf yang diisytihar tutup semalam.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dia hanya memiliki 200 unit saham di syarikat Malaysian Tobacco dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), lapor portal New Straits Times.
“Saya hanya ada 200 unit saham dengan syarikat tembakau dan PNB yang diberi kepada saya semasa saya melancarkan produk PNB,” katanya kepada pemberita di Felda Bukit Tangga, Kedah, semalam.
Kedai roti ilham dari Jepun itu dibuka oleh Mahathir 12 tahun lalu, mula bertapak di Langkawi dan mula berkembang kepada 12 cawangan termasuk di KLCC, Pavilion dan pusat beli-belah Sogo.
Namun pada 9 April lalu The Loaf mengumumkan penutupan semua premisnya di media sosial tanpa menyatakan sebarang alasan.
Baca seterusnya di Malay Mail.
Sumber Tun M: Saya tiada saham dalam The Loaf
Tags:
PMMO