“Salman Khan membunuh dua ekor Antelop pada malam 1 dan 2 Oktober 1998. Turut terlibat Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Neelam Kothari dan Tabu, namun kesemua mereka dibebaskan oleh mahkamah pada hari Khamis.”
Semalam viral di media sosial apabila pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan ditahan polis ekoran dari kes pemburuan haram. Pelakon itu dipercayai telah membunuh binatang liar Antelop pada Oktober 1998, iaitu 20 tahun lepas.
Di twitter, seluruh peminat berdukacita atas berita itu. Ramai yang menganggap Salman Khan tidak sepatutnya dipenjara sehingga 5 tahun kerana kesalahan kecil itu. Tidak kurang juga menganggap orang ramai terlalu agungkan Salman Khan hingga menolak hukum undang-undang.
Bunuh 2 Ekor Antelop
Salman Khan terpaksa bermalam di Penjara Jodhpur selepas Mahkamah Sesyen menetapkan permohonan jaminan hanya akan didengar hari ini.
Portal berita India, News18 melaporkan, Salman Khan dituduh membunuh dua ekor Antelop di Bhagoda Ki Dhani di kampung Kankani dekat Jodhpur pada malam 1 dan 2 Oktober 1998.
Pelakon itu didapati bersalah oleh mahkamah di Jodhpur kerana memburu dua ekor Antelop ketika bekerja di sebuah filem di negeri Rajasthan pada tahun 1998.
Turut terlibat Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Neelam Kothari dan Tabu, namun kesemua mereka dibebaskan oleh mahkamah pada hari Khamis.
Reaksi netizen
The Cute Little Girl Was Crrrying For #SalmanKhan bhaiðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ When she see the news here tears ws nt stopping ...not eating anything .alone saying " SALMAN KHAN JAIL CHLA GAYA" 😠... PLZ GOD Accpet here pray nd all of the childern pray 😔💕💕#WeSupportSalmankhan💕💕 pic.twitter.com/wL0uHdd7sc— We Support Salman Khan 💕 (@ISalman_Rules) 5 April 2018
Sumber: The Wall Street Journal/ohbulan.com
Sumber Peminat Mengamuk, Salman Khan Dipenjara 5 Tahun Akibat Membunuh 2 Ekor Antelop 20 Tahun Lepas
Tags:
mazeer