PM teka-teki siapa MB baru jika tawan Selangor

Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di Putrajaya, 4 April 2018. — Foto oleh Zuraneeza ZulkifliDatuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di Putrajaya, 4 April 2018. — Foto oleh Zuraneeza ZulkifliKUALA LUMPUR, 4 April — Perdana menteri masih berteka-teki mengenai calon yang paling layak menjadi menteri besar Selangor jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu.

Ditanya sama ada BN sudah mengenal pasti calon tersebut, Datuk Seri Najib Razak hanya tersenyum dan enggan mendedahkannya.

“Jika saya dedahkan terlalu awal, individu itu akan menjadi sasaran (musuh dalaman dan pembangkang). Tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Najib dijangka mengumumkan pembubaran parlimen Jumaat ini dan melancarkan manifesto BN keesokannya.

Menyentuh isu Sabah, beliau berkata BN tidak boleh memandang rendah kekuatan Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas pemimpin Umno.

“Kita tidak boleh ambil mudah tapi saya yakin kita boleh mengatasi mereka,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail



Sumber PM teka-teki siapa MB baru jika tawan Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post