KUALA LUMPUR, 4 April — Tiga individu cedera, termasuk pejalan kaki yang parah, apabila sebuah kereta terbabas di Jalan Ampang pagi tadi.
Pejalan kaki dirempuh Perodua Myvi di depan sebuah hotel, manakala pemandu dan penumpangnya cedera dalam nahas kira-kira 7 pagi, lapor Utusan Online.
Semua mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur, kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman.
Tiada maklumat lanjut dinyatakan tentang ketiga-tiga mangsa nahas.
Sumber Pejalan kaki parah, dirempuh Myvi
Tags:
PMMO