Ronaldo menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ketika membantu Real melakar kemenangan 3-0 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Juve di Turin awal pagi tadi, selepas membuka jaringan pada minit keempat perlawanan.
Penyerang kebangsaan Portugal itu menerima penghormatan daripada penyokong tuan rumah di Stadium Allianz dan memberikan kelebihan kepada Real, sebelum Marcelo menyempurnakan kemenangan Real selepas Paulo Dybala dilayangkan kad merah.
Buffon hanya mampu mengagumi Ronaldo dan bintang Barca, Messi, selepas akur dengan kekalahan awal pagi tadi.
"Kami melihat kemampuan Ronaldo sejak musim lalu, pemain yang berada pada tahap yang luar biasa, mencipta kejayaan di pentas tertinggi, bersama-sama dengan Messi," katanya."Mereka patut dibandingkan dengan Maradona dan Pele kerana kebolehan mereka mencipta kemenangan untuk pasukan."
BACA: Turin turut kagum dengan jaringan akrobatik Ronaldo
Buffon, yang tidak pernah menjuarai UCL sepanjang kariernya, mengakui kekalahan itu memberikan tamparan kepada pasukannya menjelang aksi timbal balik di Santiago Bernabeu.
"Kesilapan boleh berlaku, anda berdepan pasukan terbaik dunia dan mereka boleh menghukum jika diberikan ruang."
Sumber Ronaldo sama seperti Maradona, Pele - Buffon