Syanie mengakui dia terkilan dengan kenyataan Kak Zai atau nama sebenarnya Zaihani Mohd Zain yang merungut berkenaan orang berbadan besar.
"Saya bukan marah tapi terpanggil bersuara sebab apa yang dikatakan memberi kesan kepada semua orang-orang yang berbadan besar. Dia tak sepatutnya berkata begitu.
"Kalau dia nak kata, pakaian tak sesuai ke tak apalah tapi bukan fizikal.
Ini sangat biadap. Tak baik hina orang badan besar ni tau," kata Syanie.
Tambah Syanie, dia juga berani menyampaikan pendapatnya kerana ingin memberi semangat kepada orang-orang yang berbadan besar.
"Bukan senang tau nak kembalikan keyakinan orang yang berbadan besar ni untuk keluar bersosial.
"Saya sendiri pun nasib baik saya pelakon jadi nak ke mana-mana majlis tu memang atas jemputan. Tapi kadang-kadang tu ada juga rasa malu juga sebab orang pandang," katanya.
Seterusnya, Syanie menegaskan bahawa orang yang umur seperti dia sepatutnya tahu apa yang boleh cakap dan apa yang tak sepatutnya cakap.
"Sila jaga hati orang lain. Sampai hati dia kan. Tak elok cakap begitu," tutur Syanie.
Sumber 'Sampai hati dia kan...'