Atikah Suhaime kembali berlakon di Malaysia

PELAKON Atikah Suhaime yang pernah mencetuskan kontroversi lalu sehingga membuatkan dia tidak ada job dan terpaksa pulang ke negara asalnya Singapura, kini dikhabarkan telah kembali berlakon di Malaysia.

Tunang kepada penyanyi Awi Rafael ini, kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Pengantin Musim Salju yang turut dibintangi oleh Alif Satar dan Siti Nordiana.

"Atikah dah tak kerja di Singapura.  Dia nak berlakon semula sepenuh masa.  Jadi Awi Rafael minta saya untuk bantu uruskan tunang dia ini.

"Setakat ini, Atikah sudah menerima dua tawaran berlakon di dalam produksi filem Indonesia.  Penggambaran akan dijalan pada hujung bulan April ini dan satu lagi dalam bulan Ogos.

"Drama yang dengan Alif dan Nana ini akan letopkan kembali nama Atikah," jelas pengurusnya, Dina.

Ditanya mengenai watak yang diterima pula, Dina menjelaskan bahawa dia yang akan membuat tapisan terlebih dahulu supaya tidak terlalu seksi.

"Pakai skirt tu ada tapi tak adalah seksi sangat," katanya.



Sumber Atikah Suhaime kembali berlakon di Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post