Sanggup Rompak Bank Demi Tarik Perhatian Taylor Swift

Pelbagai cara yang dilakukan para peminat fanatik demi menarik perhatian penyanyi sensasi Taylor Swift sehinggakan ada yang sukar diterima akal atau di luar batasan.

Buktinya, salah seorang pemiant tegar pelantun lagu End Game itu dilaporkan berani merompak sebuah bank.

Lapor TMZ, pihak polis telah menahan seorang lelaki dikenali sebagai Bruce Rowley yang didakwa melakukan perbuatan merompak bank di Ansonia dan meminta petugas bank memberikannya sejumlah uang.

Tambah mengejutkan, wang hasil rompakan itu tidak digunakannya sebaliknya lelaki itu melemparkan wang tersebut di perkarangan rumah Taylor. Namun ketika kejadian, Taylor tidak berada di rumahnya.

Bruce Rowley membuat pengakuan dia sangat meminati Taylor. Jadi dia bertindak memberikan wang tersebut dengan tujuan mahu menarik perhatian pelantun What You Made Me Do itu.



Sumber Sanggup Rompak Bank Demi Tarik Perhatian Taylor Swift

Post a Comment

Previous Post Next Post