Lapor BBC, filem Black Panther menjadi salah satu filem pertama yang bakal menghidupkan kembali panggung wayang di negara tersebut.
Keputusan itu merupakan hasil kesepakatan yang dilakukan dengan sebuah jaringan panggung wayang terbesar di dunia untuk membuka hingga 40 panggung wayang di 15 bandar di negara tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang.
Arab Saudi dikabarkan telah menerima sokongan yang sangat besar untuk membawa kembali hiburan ke negaranya sebagai sebahagian dari visi 2030. Itu adalah rancangan untuk reformasi ekonomi dan sosial oleh Putera Mahkota Muhammad Salman.
Filem pertama yang akan dipertontonkan adalah filem superhero Marvel Black Panther. Filem tersebut dijadual akan ditayangkan di Arab Saudi mulai 18 April.
Sebelum ini, paggung wayang pernah 'dihidupkan' sekitar tahun 1970-an di Arab Saudi. Namun tidak beberapa lama kemudian ia ditutup atas perintah ulama.
Seorang tokoh ulama tempatan dilaporkan memperingatkan tentang "keburukan" panggung wayang, mengatakan bahawa mereka akan merosakkan moral jika dibuka semula.
Sumber Selepas 35 Tahun, Arab Saudi Buka Semula Panggung Wayang