GOLD COAST: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, mara ke suku akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel Gold Coast selepas menundukkan wakil dari Kanada, Samantha Cornett, 3-1.
Sumber Skuasy: Nicol ceria singkir antara pencabar utama
Aksi di Oxenford Studios itu berlanjutan selama 50 minit itu menyaksikan Cornett memberi tentangan sengit sebelum menyerah 20-18.
Begitupun, selepas memenangi set kedua 11-8, rentaknya semakin longlai untuk menyekat ketangkasan Nicol dalam baki set apabila tumbang 11-7, 11-3.
"Ya, ia adalah satu perlawanan yang bagus dan Samantha juga menunjukkan antara aksi terbaik ketika bertemu saya."Dalam dua set awal, segalanya seimbang sehingga memaksa saya menyesuaikan diri dalam set ketiga dan keempat.
"Saya gembira dapat memenangi perlawanan menentang antara pencabar utama," kata Nicol.
Kejayaan hari ini akan menemukan Nicol dengan Alison Waters dari England, esok.
"Saya juga gembira untuk bertemu Alison.
"Saya mahu memberikan yang terbaik dan mengharapkannya menjadi perlawanan yang bagus," katanya lagi.
Sumber Skuasy: Nicol ceria singkir antara pencabar utama
Tags:
Sukan AA+