“So What If Manusia Berat Lebih 60kg Nak Pergi Fashion Show? Apa Masalahnya?” – Fasha Sandha

“So What If Manusia Berat Lebih 60kg Nak Pergi Fashion Show? Apa Masalahnya?” – Fasha Sandha
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kesal susulan kenyataan pengulas dan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mengundang kontroversi baru-baru ini.

Fasha meluahkan kekecewaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Fasha meluahkan rasa kecewa di Instagram

Menurut Fasha perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Zaihani merupakan orang yang sudah berpengalaman dan sepatutnya tahu menjaga sensitiviti masyarakat.

“So what if manusia berat lebih 60kg nak pergi fashion show?

“Apa masalahnya? Dulu i pun pernah lebih 60kg tau.

Fasha berpendapat berat badan tidak sepatutnya menjadi isu untuk menghadiri pertunjukan fesyen

“Haih. Ape laaaaa.

“Tak baik hina orang yang genetik memang dah semulajadi besar, kalau jenis kurus kering sebab genetik, memang selamanya akan kecik walau melantak nasi 2 pinggan.

“You tau betapa seksanya orang yang genetik berbadan besar ni jaga badan? Makan pun kena catu tau.

Berat badan Fasha pernah mencecah 70kg

“Kepada yang dihina oleh wanita jelita kurus tersebut, saya harap awak tabah. Jangan risau, saya pun pernah lebih 70kg walaupun sekarang dah 57.8kg.

“Kita sama-sama buktikan, kita boleh berjaya. Saya sokong team perempuan besar!

Fasha kini semakin cantik

“Tapi persoalannya. Apa masalahnya kalau orang size besar nak pegi fashion show?

“Sepatutnya orang bijak pandai fashion macam you, bagi semangat pada orang, bukan memberi hinaan. Orang bersaiz besar pun layak untuk berfesyen dan bergaya kan?” tulisnya.

Fasha cantik dan manis berkebaya

Terdahulu, kecoh di media sosial sejak Isnin lalu apabila Zaihani berkongsi situasi yang berlaku kepadanya di sebuah pertunjukan fesyen.

Menerusi entri yang ditulis di Facebook peribadinya, Zaihani dikatakan menyarankan individu yang memiliki berat badan lebih 60 kilogram tidak perlu menghadiri acara seumpama itu.
 
 



Sumber “So What If Manusia Berat Lebih 60kg Nak Pergi Fashion Show? Apa Masalahnya?” – Fasha Sandha

Post a Comment

Previous Post Next Post