Tak Sengaja Tekan Saluran Filem Lucah

Pelakon popular Lee Seung Gi mengaku dia terpaksa membayar sebanyak USD200 gara-gara tertekan saluran filem lucah ketika menginap di sebuah resort.

Dia ke resort tersebut untuk menjalani penggambaran sebuah program.

Berkongsi lebih lanjut pengalaman tersebut, teraju utama drama A Korean Odyssey ini berkata, pengalaman semasa berehat di dalam biliknya sambil menonton televisyen. Ketika sedang memilih saluran untuk ditonton, tanpa disedari dia telah menekan saluran filem lucah.

"Selepas mendaftar masuk, saya terus ke bilik. Dalam bilik itu cuma ada satu saja alat kawalan jauh dan ia untuk televisyen, penghawa dingin dan kegunaan kelengkapan lain.

"Saya berasa bosan jadi saya pun buka TV dan muncul di skrin dua pilihan. Satu bewarna putih satu bewarna merah," katanya membuka cerita ketika muncul dalam program Knowing Brothers, baru-baru ini.

Tanpa berfikir panjang, Seungi berkata dia terus menekan pilihan berwarna merah yang mana ia memaparkan program dan filem untuk tontonan orang dewasa.

"Paparan skrin itu tidak bertanya kepada saya program apa yang saya mahu pilih jadi saya pun memilih warna merah," tambahnya lagi.

Selepas itu dia terus menonton program pilihannya tanpa dia ketahui yang dia sebenarnya akan berdepan dengan masalah besar.

Sehinggalah pada hari dia hendak mendaftar keluar dari resort berkenaan, dia memberitahu kepada petugas di kaunter bahawa dia tidak perlu membayar apa-apa caj tambahan.

"Saya tidak menggunakan bar mini kearan saya tidak minum sepanjang berada di sini.

"Jadi saya yakin yang saya tidak perlu membayar apa-apa caj tambahan dan bersedia untu mendaftar keluar," katanya.

Namun ketika turun ke lobi, Seungi menyedari seorang kru produksi sedang menandatangani resit pembayaran. Tiba-tiba dia merasa hairan kerana para kru memandang ke arahnya dengan pandangan yang pelik seolah-olah dia ada melakukan kesalahan.

"Kemudian penulis utama memanggil dan bertanya kepada saya, berapa banyak saluran yang saya tonton?," tuturnya.

Barulah dia sedar, dia sebenarnya telah dikenakan caj tambahan setiap kali dia menekan saluran dewasa dan lebih mengejutkan caj tersebut mencecah sehingga USD200.

"Saya berasa sangat malu terutama kerana ketika itu saya masih rookie (artis baru). Saya risau persepsi dan pandangan penulis serta kru-kru lain terhadap saya. Saya berasa diri saya sangat teruk," katanya.



Sumber Tak Sengaja Tekan Saluran Filem Lucah

Post a Comment

Previous Post Next Post