Tunjuk sokong BN, Serina kesal peminat ugut boikot

Pelakon Serina Redzuawan kesal berikutan sebahagian peminat mahu memboikot perniagaannya atas faktor politik. — Foto ihsan Instagram/Serina RedzuawanPelakon Serina Redzuawan kesal berikutan sebahagian peminat mahu memboikot perniagaannya atas faktor politik. — Foto ihsan Instagram/Serina RedzuawanPETALING JAYA, 12 April — Pelakon Serina Redzuawan kecewa berikutan ada peminat mahu memboikot perniagaannya kerana dia memuat naik foto menyokong BN.

Serina, 35, hairan mengapa mereka begitu “emosi” hingga melibatkan urusan perniagaan termasuk “unfollow” akaun Instagramnya, lapor mStar Online.

“Kalau tidak suka tidak apalah kenapa nak tuduh saya ‘desperate?’, saya okey saja rezeki berniaga cara halal. Alhamdulillah,” kata anak Datuk Chef Wan.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya. Bukan saya paksa pilih BN pun”.

Semalam, Serina memuat naik foto memegang bendera BN dengan keterangan: “Buatlah pilihan yang bijak, demi masa depan anak-anak kita”.

Turut disertai tanda pagar #SupportBN, #JomBN dan #pru14, pelakon “Antara Capati dan Belacan” berkata BN dipilih kerana arwah datuknya bekas tentera.

Meminta peminat menghormati pilihan masing-masing, Serina berkata BN banyak membantu bekas tentera dan golongan selebriti.

Beliau menjalankan perniagaan makanan dan minuman melalui syarikatnya, Serina Food Empire (M) Sdn Bhd.



Sumber Tunjuk sokong BN, Serina kesal peminat ugut boikot

Post a Comment

Previous Post Next Post