Walau bagaimanapun tindakan Yusof dipuji oleh netizen. Perbuatan kanak-kanak itu telah menyusahkan ramai pihak. Cuba bayangkan sekiranya ada ibu mengandung, orang-orang tua dan OKU yang memerlukan lif untuk kemana-mana.
"Kita beritahu pun ada pula yang call kita suruh delete posting ini. Siap cakap nak saman bagai. Kan ada bukti video CCTV, itu bukan edit. Memang taklah. Nak delete buat apa? Ini nak bagi pengajaran kepada orang lain yang CCTV dalam lif itu bukan dummy, sebaliknya ia boleh merakam aktiviti dalam lif.
"Kita ada bukti kukuh dan fakta lengkap, bukan suka-suka nak mengaibkan orang. Daripada bayar peguam, baik repair semula kerosakan pada lif itu. Silap-silap dia kena saman balik.
"Kemudahan lif ini untuk digunakan semua penduduk. Bila dah diberi yang baru untuk kemudahan, tidak dihargai pula," katanya.
Berdasarkan pengalaman Yusof sebelum ini, dia pernah terpaksa mengguna tangga sebanyak lima kali sehari untuk turun dan naik di rumahnya di tingkat 16 kerana semua lif telah rosak dan belum dibaiki oleh pihak pengurusan.
"Kasihan penduduk yang tinggal di tingkat tinggi. Bila lif rosak, terpaksa naik tangga sampai tingkat 17. Pengalaman saya naik tangga tingkat 16 sehari lima kali semasa semua lif rosak, pihak DBKL belum ganti lagi pada masa itu. Bila tahu cerita macam ni, lagilah kita panas," katanya.
Ekoran kejadian itu, Yusof akan mengambil tindakan dengan membuat salinan kejadian itu dan dilekatkan di semua kawasan lif bangunan tersebut sebagai langkah memberi pengajaran kepada semua agar tidak melakukan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakan.
Sumber (Video) 'Dah bagi kemudahan, dirosakkan pula' - Lif PPR dirosakkan 2 kanak-kanak perempuan