Yuna Lebarkan Sayap, Bakal Jelajah Benua Eropah Pada November 2018

Yuna Lebarkan Sayap, Bakal Jelajah Benua Eropah Pada November 2018

Selepas cemerlang dengan konsert jelajah Amerika Syarikat (AS) menerusi 'U.S Nocturnal Tour' pada tahun 2014, nampaknya Yuna melebarkan sayap nyanyiannya ke benua Eropah apabila bakal mengadakan siri jelajah Eropah bermula November 2018.

Yuna lebarkan sayapnya ke Eropah.

Berkongsi berita gembira itu di Twitter rasminya, @yunamusic, siri pertama jelajahnya akan bertempat di London Electric Brixton pada 15 November. Kemudian Yuna akan ke Paris Bellevilloise pada 16 November dan akan berada di Lausanne Les Docks pada 17 November.

 

Jelajahnya disambung lagi di Basel Kaserne-Rosstall pada 18 November. Memasuki negara Jerman, lokasi seterusnya adalah di Berlin Lido dan Frankfurt Zoom pada 20 dan 21 November manakala lokasi terakhirnya adalah di Amsterdam Paradiso pada 22 November.

 

Tarikh penjualan tiket masih belum diumumkan namun untuk siri jelajah pertama di London, pra jualan tiket akan bermula esok pada jam 10 pagi. Baru sahaja mengecapi alam bahagianya bersama suami tercinta, Adam Sinclair pada 26 Januari yang lalu, Yuna melahirkan rasa teruja dengan rencana jelajahnya ini dan kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga segala persediaan berjalan lancar. 



Sumber Yuna Lebarkan Sayap, Bakal Jelajah Benua Eropah Pada November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post