Zayn Malik Menginap di Rumah Gigi Hadid

Selepas hampir dua bulan berpisah, penyanyi Zayn malik dikatakan kembali berkunjung ke rumah bekas teman wanitanya, model Gigi Hadid yang terletak di New York.

Menurut Mirror, pada 18 April lalu bekas anggota kumpulan One Direction itu dilihat berbual mesra dengan pengawal keselamatan yang menjaga pintu apartment tersebut seolah-olah mereka sudah saling kenal lama.

Pada keesokan harinya kamera paparazzi berjaya merakamkan kelibat Zayn di depan apartment tersebut yang ketika itu masih memakai baju yang sama seperti sehari sebelumnya iaitu dia mengenakan hoodie berwarna merah hitam dan seluar panjang.

..

Lantaran timbul spekulasi pasangan sensasi itu kini sudah berbaik semula. Dakwaan dikuatkan lagi selepas Gigi memberi 'like' pada salah status kemaskini Zayn akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Hubungan Zayn dan Gigi berakhir pada 13 Mac lalu setelah menjadi pasangan kekasih selama lebih dua tahun. Kedua-duanya mengumumkan khabar tersebut secara langsung melalui akaun media sosial masing-masing.

Sementara itu, kunjungan Zayn ke apartemen Gigi kebelutulan selepas dia mengungkapkan bahawa bekas kekasihnya itu adalah inspirasi di sebalik lagu terbarunya yang bertajuk "Let Me".

Dalam sebuah temubual, penyanyi berusia 25 tahun itu menyebut bahawa dia menulis lirik Let Me sekitar lapan bulan yang lalu. Ketika itu dia masih menjalin hubungan asmara dengan model berusia 22 tahun tersebut.

"Saya jatuh cinta dan saya fikir itu cukup jelas. Saya bercita-cita untuk jatuh cinta dengan seseorang selama sisa hidup saya, seperti yang kita semua lakukan.

"Segalanya berubah dan kita bergerak maju dalam hidup. Waktu berubah, tapi itulah yang saya fikirkan ketika saya menulis lagu itu," kata Zayn.



Sumber Zayn Malik Menginap di Rumah Gigi Hadid

Post a Comment

Previous Post Next Post