anwar masuk wad

anwar masuk wad

anwar masuk wad

anwar masuk wad: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dimasukkan ke wad Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), di sini, hari ini, selepas tiga hari kembali ke pangkuan keluarga.

Anak sulungnya, Nurul Izzah, melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, bapanya mengalami kesakitan di bahu dan sedang menjalani pemeriksaan serta rawatan fisioterapi.

“Salam semua. Dia (Anwar) mengalami kesakitan pada bahu dan kini berada di HRC menjalani rawatan fisioterapi,” katanya.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, bagaimanapun tidak mengulas lanjut keadaan kesihatan bapanya itu.

Sejurus dibebaskan, Anwar mempunyai jadual agak padat apabila menghadap Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada jam 12 tengah hari.

Pada sebelah petang, beliau mengadakan sidang media di rumahnya sebelum menyampaikan ceramah umum pertama selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara daripada pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun.

Anwar dirawat di HRC selepas menjalani pembedahan bahu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November 2017 selepas konvoi kereta membawanya dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terbabit kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.

 

Sumber: BH Online



Sumber anwar masuk wad

Post a Comment

Previous Post Next Post