bubur lambuk pak hassan kampung baru

bubur lambuk pak hassan kampung baru

bubur lambuk pak hassan kampung baru

bubur lambuk pak hassan kampung baru: Memulakan perniagaan dengan memasak satu periuk bubur lambuk pada 1993, Abu Bakar Mohamad kini memasak 27 periuk sehari bagi memenuhi permintaan.

Abu Bakar, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Hassan, beliau berkata, sehingga kini, bubur lambuk yang dijualnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan maklum balas positif.

Selain itu, katanya, beliau juga membuka tempahan untuk syarikat korporat dan orang persendirian untuk disedekahkan pada orang ramai.

“Untuk menjaga kualiti bubur lambuk, saya menyediakan sendiri sukatan dan ramuannya, selebihnya dibantu oleh 15 pekerja,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Baru, di sini.

Pak Hassan berkata, beliau mula belajar memasak bubur lambuk ketika beliau menjadi tukang masak kontrak juadah berkenaan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

“Selepas menimba pengalaman itulah, saya mula mengorak langkah untuk memulakan perniagaan bubur lambuk sendiri dengan menggunakan resipi bubur lambuk Kampung Baru.

Beliau yang membuka kedai roti canai pada bulan biasa menutup perniagaannya seminggu sebelum kedatangan Ramadan untuk berniaga bubur lambuk.

“Pada hari biasa, saya menjual roti canai manakala pada Ramadan saya beralih kepada perniagaan bubur lambuk,” katanya.

Pak Hassan berkata, untuk satu periuk, beliau dapat menghasilkan 250 bungkus bubur lambuk yang dijual pada harga RM2.

Beliau yang mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Ramadan, 37, berharap perniagaannya akan diteruskan oleh anaknya itu suatu hari nanti.

“Saya sudah menurunkan ilmu membuat bubur lambuk kepadanya dan dia turut membantu saya setiap kali tiba Ramadan,” katanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber bubur lambuk pak hassan kampung baru

Post a Comment

Previous Post Next Post