Ashley Judd Tuntut Saman Fitnah, Gangguan Seksual

Aktres Amerika Syarikat (AS) Ashley Judd, memfailkan tuntutan saman fitnah dan gangguan seksual terhadap penerbit Hollywood Harvey Weinstein.

Lapor Reuters, Judd mendakwa Weistein mensabotaj kerjayanya selepas menolak melakukan hubungan seks dengannya.

Tuntutan sivil yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di Santa Monica, mendakwa bahawa Weinstein menyebabkan Judd terlepas peluang untuk membintangi filem ‘The Lord of the Rings’ pada 1998 dengan mencemarkan reputasi beliau.

Tuntutan itu menyebut, Weinstein bertindak terhadap Judd selepas aktres itu menolak kemahuan seksualnya kira-kira setahun lebih awal, di sebuah bilik hotel dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran lakonan.

Weinstein menafikan melakukan sebarang hubungan seks tanpa rela. Jurucakapnya juga gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Judd adalah antara wanita pertama tampil membuat dakwaan salah laku seksual terhadap Weinstein pada Oktober 2007.

Ia kemudian tular di media sosial menjadi gerakan memperjuangkan serangan seksual dikenali sebagai #MeToo.

Penerbit yang juga pemenang Oscar itu dituduh melakukan kesalahan seksual ke atas lebih daripada 70 wanita.

Aktres yang turut memimpin gerakan ‘Time’s Up’ menentang gangguan seksual di tempat kerja, menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan dan perbicaraan juri.

Aktres itu berkata dalam satu kenyataan kepada New York Times, sebarang wang pampasan yang diperoleh daripada tuntutan berkenaan akan disalurkan kepada ‘Time's Up’.



Sumber Ashley Judd Tuntut Saman Fitnah, Gangguan Seksual

Post a Comment

Previous Post Next Post