Memetik laporan Harian Metro, Izreen berkata kejutan dibuat suaminya itu dianggap romantik, apatah lagi ia adalah kali pertama dirinya mendapat bunga daripada lelaki.
"Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak takkan tekan loceng pula kan.
"Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.
"Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),” tulisnya menerusi laman Instagram miliknya, semalam.
Pelakon drama itu juga mengucapkan terima kasih dan berjanji akan terus menyayangi suaminya itu selamanya.
“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.
..
Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun lalu.
Sumber Izreen Terkejut Dapat Bunga, Tak Sangka Ude Romantik