“Banyakkan Minum Air Putih Untuk Kekal Segar” – Khai Bahar

“Banyakkan Minum Air Putih Untuk Kekal Segar” – Khai Bahar
Penyanyi Khai Bahar mendedahkan hanya mengamalkan minum air putih untuk kekal segar.

Kata Khai disebabkan jadual yang terlalu padat membuatkan dia harus peka untuk menjaga dirinya supaya sentiasa kelihatan segar dan bertenaga.
Khai akui ada masanya tidak cukup tidur.
Selain itu, penyanyi berusia 24 tahun ini juga turut berkongsi tip gaya hidup yang diamalkan dalam kehidupan harian.

Berikut merupakan antara tip yang dikongsi oleh Khai bersama Rojak Daily Kaw!
Minum air putih untuk kekal segar.

Minum Air Putih

“Adakalanya saya terlalu sibuk sehingga tidak cukup tidur namun apa yang saya amalkan ini sedikit sebanyak membantu untuk membuat saya berasa segar ketika bekerja. 

"Mudah saja, apa yang saya amalkan hanyalah minum air putih. Kalau boleh jangan sesekali lupa, minum seberapa banyak yang anda mahu kerana air putih lebih baik berbanding air manis. Kalau kurang air secara tidak langsung kita sendiri akan rasa ‘lemau’ dan cepat letih lebih-lebih lagi bila cuaca panas,”jelasnya.
Khai juga tidak lupa mengambil supplement.
Makanan Tambahan

“Saya juga mengamalkan pengambilan supplement seperti vitamin B dan C untuk kekalkan tenaga. Kerjaya sebagai seorang penyanyi memerlukan saya berinteraksi dengan ramai orang jadi ini merupakan antara inisiatif saya untuk kekal bertenaga,” ujarnya.
Gaya Khai ketika melakukan persembahan.
Jaga Pemakanan

“Makanan memang saya jaga kerana kalau terlebih makan takut nanti semput ketika menyanyi di atas pentas," katanya.
 
 
 



Sumber “Banyakkan Minum Air Putih Untuk Kekal Segar” – Khai Bahar

Post a Comment

Previous Post Next Post