Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44, yang berasal dari Johor selepas dia membuat pengakuan bersalah.
Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lepas di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Star.
Kes dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Ketika rayuan, Md Nurul Azman memohon agar dipenjarakan mengikut tarikh dia ditahan dan diletakkan di Penjara Kajang, Selangor atas alasan bagi memudahkan ahli keluarga datang melawatnya. Dia turut menyatakan rasa kesal dan insaf di atas perbuatan dilakukannya itu.
Juraidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap setelah berpuas hati dengan hujahan daripihak pendakwaan selain pengakuan bersalah tertuduh itu sendiri.
Sumber Bekas gitaris Ekamatra dipenjara 10 Tahun